tak kenal, maka..

Seringkali kita melihat sesuatu itu hanya di luaran. Benar kan? Namun hakikatnya yang sebenar ada di dalamannya. Orang kata first impression. Benar, apa yang kita lihat pada sekilas pandangan pertama akan membawa kepada persepsi terhadap perkara / seseorang itu. Tetapi, usahlah dibuat kesimpulan begitu sahaja. Jika pepatah Melayu ada mengatakan  ’Tak kenal, maka tak cinta’ apatah lagi yang disarankan oleh Saidina Umar r.a (betulkan saya jika tersilap ya) perkatakan tentang mengenali seseorang. Saranan sahabat Rasulullah s. a.w ini, hendaklah kita pernah makan bersamanya, pernah bermalam bersamanya dan pernah mengembara bersamanya sekurang-kurangnya 3 hari. Barulah dikatakan mengenalinya.

Justeru itu, jika anda berjumpa seseorang, apa anda perlu lakukan? Pertama, bersangkalah baik (husnus zhon).. kemudian teruslah jalinkan silaturrahim dengannya agar kita kenal, kita cinta. Hargailah setiap individu yang hadir dalam hidup ini. Dan yang paling utama, jagalah silaturrahim serta bantu diri untuk jadi hambaNya yang lebih baik. Semoga dengan usaha yang sedikit ini, Allah akan membantu kita untuk bertemu dengan hamba-hambaNya yang baik, insyaAllah.

 

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

ter..tinggal

aduh. aku benar2 rindu
tolong jangan tinggalkan daku.. wahai penegak panji2 Allah…
andai aku tersungkur, wahai diri segeralah bangun
andai aku terlena, wahai diri kejutkanlah
andai aku menjauh..kembalilah menangis merindui Dia
Dia ada. hanya dirimu perlu mencari.
kuatkan dirimu. cekalkan azammu. tekadkan citamu. teruskan usaha ikhtiarmu. ikhlaskan doamu. runtuhkan tembok2 keras hatimu. berjalanlah wahai diri pada jalan dakwah ini. agar kau tidak tertinggal. untuk bersama rombongan kekasihNya ke jannatul firdaus.

bantu hambaMu ya Allah..

khairin 1210
25 Januari 2012

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

pencinta

Pencinta sejati menjadikan dirinya seperti air dan matahari. Ia membuat orang lain tumbuh dan berkembang dengan siraman air dan sinar cahayanya.

Dalam diam terkadang kita lupa bahawa ada cinta Dia. Dia yang menanti kita. menanti sang hamba untuk bertatih berpaut padaNya, pada kasih sayangNya. sedang kita mendamba cintaNya, terkadang lalai dan terleka.

Astaghfirullahal ‘azim..allazii la ila ha illa huwal hayyul qayyum, wa atuu bu ilaik~istighfarlah. carilah cintaNya, agar moga diizinkanNya mampu menjadi pencinta yang mengagungkanNya…yang hatinya sarat dalam rinduNya

iya, ku cuba dan kan terus mencuba. insyaAllah

Khairin
4 Zulqa’edah 1432H
2 Oktober 2011

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

eyes

“Verily, it is not the eyes that grow blind, but it is the heart which are in the breasts that grow blind”

(Al-Hajj: 46)

~thank u kak nur~

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

musafir lalu…

musafir..kembara ramadhan mengisi hari-hariku. namun ada suatu ketika, hati dihimpit rasa sendu. jauh di sudut hati, apakah akan bisa ku temui rahmat dan al-ghaffarMu di sini? ternyata mujahadah itu menjanjikan lorong yang bukan sunyi dari ujian. berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki diri.. insyaAllah, bukankah Allah membuka pintu2 ampunanNya seluas2nya di bulan yg barkah ini?..
ya Allah, kembalikan daku kepada fitrah sepertimana saat ku ditiupkan ruh bersaksikan Allah Rabbku, Muhammad RasulMu.. ya Allah, bahagiakan daku dalam mengingatiMu, perbaikilah agamaku, aqidahku, akhlaqku..jangan Kau serahkan diriku hatta sedetik kerana tiada apa yg ku miliki, hanya Kau Pemilik setiap sesuatu.. yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang.

~kuserahkan segalaNya padaMu, biarlah diri ini hanya untukMu, di seluruh kehidupanku~

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

kerinduan itu

kerinduan itu
menagih kehadirannya
kerana istimewanya ia
kerana disebut-sebut keindahannya
kerana terkandung rahmat dan keampunanNya
moga hati-hati yg merinduinya
beroleh tarbiah merebut syafaatnya
moga terbuka hijab, tertelus nuur, menyuci jiwa
oh wahai yang dberkati..ahlan wasahlan, ahlan wasahlan
Ramadhan al-mubarak, Ramadhan kareem…

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Niatmu…

Daripada Ibnu Abbas diceritakan,

“Suatu hari, ketika saya berjalan di belakang nabi, lalu beliau berkata kepada saya, “Wahai anak muda! Sungguh, saya ajarkan kamu beberapa kalimah, ‘Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu, peliharalah Allah pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberikan kebaikan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepada kamu, dan apabila mereka bersatu untuk menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu, melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepada kamu. Mata pena diangkat dan lembaran telah ditutup.”

(Riwayat Tarmizi)

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen